Pages

Sila Klick

Saturday, May 26, 2012

CHILIE CRAB

Salam Sayang Semua...

Sedar tak sedar kita rupanya sedang menghampiri Ramadhan Al mubarak. Lebih kurang 2 bulan lagi kita akan menyambut ramadhan. Sementara menanti kehadiran ramadhan tahun ini apa kata kita mempersiapkan diri dengan melakukan ibadah puasa di bulan rejab dan sekaligus dapat melatih diri untuk berpuasa pada bulan ramadhan nanti.

Cik Sakura juga tidak lupa untuk mengambil kesempatan bersepena bulan rejab ini dengan berjinak-jinak melakukan ibadah puasa sunat. Artikal ini bukan bertujuan untuk bermegah-megah dengan ibadah yang dilakukan tetapi sekadar berkongsi sesuatu yang dirasakan bermanfaat untuk kita semua.

Fokus penceritaan hari ini sebenarnya lebih tertumpu pada menu untuk berbuka puasa. Kebetulan beberapa hari yang lalu Cik Sakura mendapat rezeki dari laut Gelang Patah yang dikirim oleh Abang Mat a.k.a Pak Anjang jolokan nama dari anak-anak buahnya. Rezeki yang dimaksudkan adalah KETAM segar dari hasil tangkapanya sendiri. Manisnya rasa KETAM fresh sangat-sangat enak ketika dinikmati sehingga terlupa dengan nasi yang menjadi hidangan utama.

Jom kengkawan kita ke dapur Sakura mencari tahu bagaimana Chilie Crab ini dimasak dengan perasaan tulus ikhlas...cheeewahhhh

diantara Ramuannya ialah:-

  • 5 ekor ketam
  • 20 tangkai cili kering dikisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2" halia
  • sebatang serai diketuk
  • 2 sudu makan sos cili

Cara Menyediakannya
  • siang dan bersihkan ketam kemudian ketepikan dulu
  • kisar cili kering + bawang merah + bawang putih +halia hingga hancur
  • kemudian tumis bersama dengan sebatang serai yang diketuk tadi hingga garing
  • masukkan ketam dan kacau sekejap lebih kurang 5 minit
  • masukka sedikit air dan sos cili kemudian tutup hingga isi ketam masak dan kuahnya menjadi kering sedikit
  • sesuaikan rasa masinnya
  • bolehlah dihidang

Selamat mencuba

babai semua...


Wednesday, May 23, 2012

REJAB DATANG LAGI



"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan u
matku"

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”


KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Wednesday, May 16, 2012

BROOCH buatan sendiri

Salam Sayang Semua...

Hari ini Cik Sakura cuti memasak sebab perut masih kenyang akibat jamuan bersempena hari guru kat sekolah tadi. Bermacam-macam hidangan yang enak-enak menjadi jamuan hari guru tahun ini. Kepada sahabat-sahabat Cik Sakura yang berpropesyenkan GURU seperti Suryany Jusoh, Suraya Hassan, Zarina Abdullah, Asmahani Abd Razak Fadhilah Abu Bakar, Goh fook Lye dan semua guru-guru SMK TAMAN MOLEK Cik Sakura ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "selamat hari guru" kepada anda semua dan terutamanya untuk CIKGU MASLINDA BINTI YAHAYA semoga menjadi guru yang berdedikasi di sekolah dan menjadi guru inspirasi kepada anak-anak dan suami dirumah.

Bersempena hari guru tahun ini, Cik Sakura mengambil peluang berniaga BROOCH buatan tangan Cik Sakura sendiri untuk dijadikan hadiah kepada cikgu-cikgu yang telah menabur bakti kepada murid-murid. Sesuailah dengan pelajar sekolah yang tidak mempunyai banyak duit, brooch ini didatangkan dengan harga yang mampu dibeli oleh mereka iaitu RM2.50 ajer. Alhamdulilah, jualannya sangat-sangat membrangsangkan pada hari pertama menembusi pasaran. Kepada sesiapa yang berminat dengan sentuhan kreatif tangan Cik Sakura dan berhajat untuk memiliki brooch-brooch ini bolehlah menempahnya dengan menghubungi Cik Sakura dan yang nak jadi pengedar tegar adalah sangat-sangat dialu-alukan...

Jomlah kita layan kat bawah ni di antara rekaan-rekaan terkini yang pastinya akan memukau mata yang memandang...ahaksss


murah ajer RM2.50 sebijik

sentuhan ala inggeris gitu...

pilih yang mana satu berkenan?


Sampai di sini dulu yek entry untuk kali ini, jangan lupa beli tau! Semoga bertemu di masa akan datang...

babai semua...

MASAK LEMAK REBUNG DENGAN UDANG

tu dia....masak lomak rebung dengan udang air tangan fadhilah

Ini adalah menu masakan yang dah lama sangat terperap dalam draft. Masa terlalu mencemburui Cik Sakura untuk menulis di blog sejak akhir-akhir ini. Jika berkesempatan dan punya banyak masa terluang barulah Cik Sakura dapat compeletekan kisah di sebalik gambar ini.

sedikit info ya, rebung berasal daripada pokok buluh yang baru tunas. Kaedah pengambilannya perlu dilakukan dengan sangat teliti kerana rebung mempunyai bulu-bulu kecil yang juga dipanggil "miang buluh" dan jika terkena pada kulit boleh menyebabkan si pemegang berasa gatal-gatal.

Cara untuk membersihkan rebung ialah dengan membuang kulit luarnya terlebih dahulu sehingga menampakkan isi lembut di dalamnya. Walaubagaimanapun tidak semua keluarga pokok buluh boleh diambil rebungnya. Buluh yang telah disiang tadi haruslah dipotong-potong dan direbus bagi tujuan menghilangkan rasa saki baki gatal apabila kita memakannya. Selepas direbus, barulah rebung tadi boleh dimasak mengikut citarasa masing-masing. Baki Cik Sakura rebung enak kalau di masak lemak dengan udang seperti gambar di atas...

Untuk resepinya, kita semak kat bawah ni:-

  • 500g rebung
  • 300g udang basah
  • 5ulas bawang merah
  • 3ulas bawang putih
  • segenggam cili padi(boleh kurangkan kalau nak)
  • 1" kunyit hidup
  • 1/2" halia
  • sebatang serai dititik
  • sebijik kelapa diperah santannya
  • garam secukup rasa
  • pak aji (kalau nak)

Cara Menyediakannya

  • bersihkan rebung kemudian rebus sekejap
  • angkat dan toskan terlebih dahulu kemudian ketepikan
  • perah santan ambil patinya
  • tumbuk bawang merah+bawang putih+halia+kunyit+cili padi hingga lumat
  • masukkan ke dalam pati santan tadi
  • masak dengan api sederhana dan kacau selalu supaya santan tidak pecah
  • apabila sudah mendidih masukkan rebung dan udang kemudian kacau lagi
  • sesuaikan rasa masinnya
  • angakat dan bolehlah dihidang

Selamat mencuba...

babaiiii...




Sunday, May 6, 2012

ROTI NAAN vs DAGING KEEMA



Salam Sayang Semua...

Hari ini Cik Sakura nak berkongsi cerita dengan kengkawan semua tentang masakan orang Arab. Masyarakat arab memang kaya dengan pelbagai menu yang enak-enak. Di antara menu orang Arab yang Cik Sakura paling suka ialah kebab dan nasi bukharinya. Walau bagaimanapun, menu yg ingin Cik Sakura kogsikan di sini bukanlah kebab atau nasi bukhari tetapi ia adalah sejenis makanan berasaskan gandum dan daging iaitu ROTI NAAN dan DAGING KEEMA.

Masa mula-mula menikmati hidangan ini Cik Sakura terus jatuh cinta pada keenakkan kedua-dua makanan ini. Selain dari rotinya yang rendah lemak ditambah pula dengan penggunaan kacang peas segar dalam penyediaan Keema daging yang sangat-sangat memikat selera Cik Sakura. Pendek kata cakap bayak pun tak guna lebih baik kita cuba macam mana nak buat makanan ini.

Ketika berada di sana sempat jugak Cik Sakura mencari tahu tentang bagaimana resepi ini dihasilkan. alhamdulilah, melalui pertanyaan dan pengamatan rasa dapat diagak oleh Cik Sakura bagaimana untuk menghasilkan roti naan dan daging keema ini. Pagi ini dengan semangat berkobar-kobar Cik Sakura telah turun ke lantai dapur untuk menyediakan menu makanan orang arab yang sangat populer ini. jom, check it out....

Resepi time....

ROTI NAAN


500g tepung roti atau tepung ringan
6 sudu makan minyak masak
1 cawan plain yourgert
3 sudu makan gula
3 camt yis mauripan
1 1/2 camt baking powder
1camt garam
230ml air suam

CARA MENYEDIAKANNYA
  • satukan tepung, yis, baking powder, yourgert, minyak masak
  • bancuhkan air suam bersama gula dan garam hingga larut
  • tuangkan ke dalam adunan tepung tadi
  • uli hingga doh sebati dan menjadi lembut
  • pastikan doh jangan terlalu keras atau lembik
  • biarkan adunan naik dua kali ganda
  • apabila sudah naik tumbuk adunan dengan tangan
  • kemudian uli dan biarkan dia naik sekali lagi
  • bahagikan adunan berbentuk bulat-bulat
  • griskan setiap bahagian dengan marjerin
  • biarkan hingga dia naik sekali lagi
  • taburkan tepung di atas papan pencanai
  • canai adunan dengan jari hingga menjadi leper lebih kurang 1/2"
  • panaskan kuali leper tanpa minyak dengan api kecil
  • letakkan adunan yang telah dicanai ke dalam kuali
  • renjiskan dengan sedikit air
  • tutupkan kuali biar roti masak kekuningan
  • terbalikan roti naan jangan sampai hangus
  • angkat dan hidangkan

DAGING KEEMA



DAGING KEEMA
400g daging kisar
2 biji kentang dipotong dadu
1 batang karot dipotong dadu
1 tin kecil kacang peas
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang
3 sudu makan serbuk kari dijadikan pes
2 sudu makan cili giling
rempah penumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
garam secukup rasa
boleh juga ditambah dengan potongan daun ketumbar jika suka

CARA MENYEDIAKANNYA
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah penumis
  • masukkan cili giling dan pes kari kemudian tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air
  • biarkan sekejap hingga daging masak
  • kemudian masukkan kentang dan karot, masak hingga empuk
  • sesuaikan rasa masinnya kemudian masukkan kacang pes
  • masak hingga kuah menjadi sedikit pekat
  • bolehlah dihidang bersama roti naan

Resepi daging keema ini adalah mengikut kehendak dan citarasa Cik Sakura sendiri. Jika dibandingkan dengan resepi yang asal dari negara Arab, penyediaan rempah ratus adalah berbeza namun bagi Cik Sakura rempah kari di Malaysia sudah cukup sempurna bagi menyediakan Keema Daging ni tetapi kehebatan Keema daging di negara arab terletak pada penggunaan kacang peas segar yang sememangnya agak payah diperolehi di Malaysia.

Ok yek kengkawan, sampai di sini dulu semoga bertemu di lain masa dengan resepi masakan yang lain...

babai semua...


Tuesday, May 1, 2012

SIAKAP STIM vs KAILAN IKAN MASIN


Salam sayang semua...

Agak lama jugak yek Cik Sakura tidak memaparkan entry mengenai masakan. Bukannaya apa, sejak akhir2 ini tiada menu yang dapat membangkitkan selera ditambah pula dengan kepergian Cik Sakura berkunjung ke Baitullah Al-Haram tempohari sangat-sangat memerlukan persediaan yang rapi serta membataskan pergerakan kerana lebih menumpukan persediaan ke Tanah Suci sebagai TetamuNya. Alhamdulilah, setelah hampir tiga minggu pulang ke tanah air, nampaknya Cik Sakura sudah bersedia untuk kembali beraksi di dapur...

Bagi mengubat rindu para pembaca semua, entry kali ini akan dimulakan dengan masakan berasaskan ikan. Tiga hari sebelum berkunjung ke Baitullah Al Haram, Cik Sakura sempat menyediakan hidangan Siakap Stim atas permintaan saudara WAN RIDUAN bestpren si FADHILAH housemate Cik Sakura tu...

Resepinya adalah seperti berikut:-


  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 20 tangkai cili padi
  • 1/2" halia
  • 1 biji limau nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA

  • basuh dan bersihkan ikan kemudian toskan airnya. Lumurkan ikan dengan air limau nipis dan garam kemudian ketepikan dulu
  • mayang halus bawang besar, serai, halia, cili padi dan bawang putih
  • masukkan ikan ke dalam loyang pengukus
  • taburkan dengan ramuan yang dimayang halus tadi
  • masukkan jugak daun limau purut dan sedikit air
  • kukus lebih kurang 15 minit
  • bolehlah dihidangkan

inilah dia siakap stim tu...

Selain dari Siakap stim, Cik Sakura jugak sempat menyediakan menu Kailan ikan masin sebagai pelangkap hidangan makan malam haritu. Resepinya ada Cik Sakura titipkan di bawah ni.

  • Sayur kailan
  • bawang besar
  • bawang putih
  • cili hijau
  • ikan masin jeruk
  • sos tiram

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. basuh dan bersihkan sayur kailan kemudian potongkan
  2. ketuk cili hijau dan mayang bawang besar serta bawang putih
  3. tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga naik bau
  4. masukkan jeruk ikan masin kemudian kacau kejap
  5. masukkan sos tiram dan sedikit air biarkan mendidih sekejap
  6. masukkan sayur kailan kemudian masak jangan terlalu lama
  7. angkat dan hidangkan

ni haa, cik kailan ikan masin tu...

Dah dulu yek kengkawan, sampai jumpa nanti di lain masa dengan resepi-resepi air tangan dari Cik Sakura. Selamat mencuba..

babai semua...