Pages

Sila Klick

Sunday, September 18, 2011

IKAN MASAK TIGA RASA

Salam Sayang Semua...

Bulan Syawal sudah semakin meninggalkan kita. Tanpa kita sedari perlahan-lahan Syawal bernsur pergi di mana kita sedang menghampiri hari-hari terakhirnya. Persoalannya, apakah Syawal tahun ini menawarkan seribu kemaafan kepada kita ataupun sebaliknya. Bagi Cik Sakura sendiri, Syawal tahun ini benar-benar dilalui dengan seribu kegembiraan dan kemaafan di mana dapat bertemu dengan saudara mara dan sahabat handai dan sekaligus dapat menghulurkan tangan dengan bermaaf-maafan di antara satu sama lain untuk menebus dosa-dosa silam dan yang lebih penting sekali Syawal tahun ini dirayakan bersama insan-insan tersayang. Untuk mereka juga Cik Sakura telah menghidangkan pelbagai menu masakan menyambut kehadiran mereka dan di antaranya ialah:-


IKAN MASAK TIGA RASA


Wajah Ikan Cermin yang dimasak TIGA RASA


Ramuan Utama


Dipotong seperti ini


Kemudian ditumis


Masukkan Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram



Masak sampai Pekat. Jangan lupa garam dan sedikit Kicap sotong


Akhir Sekali hidangakan bersama hirisan daun ketumbar


Antara hidangan sampingan malam itu ialah telur dadar, sayur taugeh dan Tomyam


Inilah dia tetamu Cik Sakura malam itu (KAknik, KakSal dan Kakmah)

Friday, September 16, 2011

TOMYAM


Salam sayang semua...


Sejak beberapa hari ni, Cik Sakura gemar beno makan makanan ala-ala Thai gitu. Salah satu daripada menu negara Thai kegemaran Cik Sakura ialah TOMYAM. Kebetulan tadi telefon berbunyi dan suara di hujung talian adalah milik NAJWA HARUN yang katanya akan berkunjung ke rumah Cik Sakura sebentar nanti. Apa lagi ibarat kata pepatah melayu "Sudah ngantuk disorongkan bantal". Ermmm....ssebearnya Cik Sakura berhajat untuk measak sendiri resepi TOMYAM ni, tapi dah si NAJWA tu dah nak datang apa kata kita suruh dia yang masak. Lagipun si NAJWA tu ada darah keturunan SIAM pastinya dia lebih arif dalam pembuatan TOMYAM ni. Macam biasalah, segala keperluan untuk menyediakan TOMYAM telah Cik Sakura prepare dari awal-awal lagi, tengok ajelah kat bawah tu:-



Tu dia...Ramuan untuk menyediakan TOMYAM. Untuk Tips, Cik Sakura nak kongsi dengan kengkawan semua kalau nak masak TOMYAM untuk 4 orang makan takyahlah beli banyak sangat. Sebagai contoh, belilah udang lebih kurang 6 ekor, sotong 3 ekor, sebijik tomato sudah mencukupi kemudian 2bijik limau nipis, beberapa helai daun limau purut kalau dapat tanam aje pokok limau purut kat belakang umah atau dalam pasu, jadi len kali takyahlah beli. Gunakan sebijik ajer bawang holad, 3bujik bawang putih, 7 tangkai cili padi, 2 ketul kepak ayam, 3 batang serai yang dititik pastu jangan lupa daun ketumbar kerana selain dari daun limau purut aroma TOMYAM terdapat pada daun ketumbar.


Mula-mula bersihkan ayam kenudian rebus bersama bawang putih yang telah diketuk terlebih dahulu. Masukkan serai dan masai hingga aroma serai terbit macam dalam gambar tu...


Pastu masukkan lain-lain sayuran seperti tomato bunga kobis, bawang besar, cili padi dan daun limau purut.


Masak hingga mendidih...


Perahkan Limau nipis ke dalam kuah tomyam tadi dan sesuaikan rasa masam dan masinnya. Kalau ikut resepi NAJWA dia ada masukkan sedikit sos cili dan kicap sotong dan biarkan seketika....


Masaklah tomyam sampai jadi macam ni...



Akhir sekali hidangkan bersama dengan daun ketumbar. Rupa paras daun ketumbar adalah menyamai daun sadri dan bagi yang tidak kenal dengan daun ketumbar hendaklah memetik sedikit sewaktu membeli dan hidulah aroma daun tersebut...

selamat mencuba...


Tuesday, September 13, 2011

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG GALAH




Salam Sayang Semua...

Apa khabar kengkawan semua? Lama betul Cik Sakura tak mengupdate blog kan? Maklumlah Syawal kan masih lagi dirayakan. Pastinya Cik Sakura mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak saudara yang menjadi kebiasaan apabila tibanya Aidilfitri. Tu sebab la.. makanya Cik Sakura tidak punya banyak masa untuk berblog. Tambahan pulak, Aidilfitri taun ni agak sibuk jugak bagi keluarga Cik Sakura yang mendapat ahli keluarga baru bersempena perkahwinan adik Cik Sakura yang berlangsung pada 9hb september 2011.

Pejam celik pejam celik rupayan raya dah masuk hari yang ke13. Hari ini Cik Sakura mengambil kesempatan mengerjakan ibadah puasa 6 bersempena bulan Syawal ni. Bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk dengan ibadah yang dilaksanakan tetapi yang sebenarnya Cik Sakura nak berkongsi dengan rakan-rakan semua menu untuk berbuka puasa petang ni. Kebetulan sahabat kepada adik Cik Sakura ada menghantar Udang Galah kelmarin. Jadi, Cik Sakura pun apa lagi... MASAK LOMAK CILI API lah yek.. Dah lama tak ke dapur untuk memasak, ni dah gian dah ni. Jomla, kita terus dengan penyediaannya...





Blendkan Cili Padi, Bawang Merah, Bawang Putih dan Kunyit hingga hancur


Inilah dia rupa paras bahan-bahan yang telah diblend tadi. Kat sebelah tu adalah Santan. Gunakan Santan Pekat dan Santan Cair. Pastu jangan lupa ketuk serai sebantang...


Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan tadi bersama Serai yang telah diketuk tadi. Resepi ni berbeza dengan resepi orang Nogori sebab penyediaanya perlulah ditumis terlebih dahulu berbanding dengan mereka, resepi Masak Lomak ni tidak perlu ditumis sebaliknya direbus sahaja. Begitu jugak dengan penggunaan ramuan di mana Orang Nogori hanya menggunakan Cili Padi dan Kunyit sahaja. Memandangkan ini adalah resepi turun temurun dari keluarga Cik Sakura,maka kita ikut resepi yang ini. Tapi boleh jugak ikut selera masing-masing, yang penting masak kene ikhlas barulah hasilnya menjadi...


Tumis hingga garing


Pastu masukkan udang yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian kacau rata


Masukkan Santan Cair biarkan mendidih seketika


Kemudia, masukkan Santan Pekat Pulak. Ha.. masa ni kacau selalu supaya jangan pecah santan, nanti tak jadik lah pulak masak lomak ni, tak gitu kengkawannnn? Akhir Sekali jangan lupa masukkan Garam secukup rasa...


Inilah dia juadah berbuka puasa untuk hari ini. Sungguh menyelerakan sampai bertambah-tambah cik Sakura makan nasik malam ni..(Ermmmm habis diet aku hari ini)
Alhamdulilah...rezeki untuk hari ini..

Selamat mencuba...

bye..