Pages

Sila Klick

Monday, July 25, 2011

PEPES IKAN

Salam Sayang Semua....

Seperti yang kita sedia maklum negeri JOHOR terkenal dengan kepelbagaian masakan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai keturunan di antaranya Orang Jawa, Orang Banjar, Orang Bugis, Orang Boyan, Orang Melayu dan bayak lagi orang (huhuhuhu). Kewujudan pelbagai keturunan semestinya mewujudkan pelbagai tradisi dan adat resam yang kadangkala juga tanapa disedari telah mewujudkan pertembungan budaya. Walaubagaimanapun melalui pertembungan budaya inilah maka wujud pelbagai aneka bentuk hidangan dan masakan yang rata-ratanya digemari oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Johor. Sebagai contoh, Nasi Ambeng terkenal di daerah Batu Pahat di mana ilham penciptaan Nasi Ambeng ini dimonopoli oleh masyarakat JAWA. Walaubagaimanapun Nasi Ambeng ini sangat terkenal di daerah JOHOR BAHRU di mana kebayakkan masyarakatnya adalah Orang Melayu. Resepi Orang Jawa telah diadaptasi oleh Orang Melayu cuma perbezaannya di daerah Batu Pahat, Nasi Ambeng hanya boleh didapati ketika orang mengadakan Kenduri Doa Selamat atau bacaan Yasin manakala di daerah Johor Bahru Nasi Ambeng boleh didapati pada pagi hari dan dijadikan menu sarapan pagi yang boleh didapati di gerai-gerai (yg sedap ada dijual di Gerai Aruah Pak Ali kat KG. BENDHARA) . Sebenarnya Nasi Ambeng bukanlah tajuk utama yang Cik Sakura nak ceritakan sebaliknya menu yang ingin Cik Sakura kongsikan dengan kengkawan hari ini ialah PEPES IKAN atau juga dikenali sebagai OTAK-OTAK IKAN oleh segelintir masyarakat di negeri Johor.

Gambar yang sempat Cik Sakura potretkan di atas namanya PEPES IKAN yang Cik Sakura beli di kedai dan bukanlah yang Cik Sakura buat sendiri. Entah kenapalah sejak dari hari Ahad lagi Cik Sakura telah dilanda PENYAKIT M (malas) untuk ke dapur. Jadi untuk dua hari ini Cik Sakura tidak masak sebaliknya hanya membeli makanan di luar dan di tapau balik ke rumah (huhuhuhu). Dalam pada leka mentapau makanan Cik Sakura terbau aroma yang enak dari bungkusan daun pisang yang aapabila dihampiri ia adalah PEPES IKAN. Apa lagi, terus belilah...Sedap betul rasa PEPES IKAN ni. Cik Sakura tau jugak macam mana nak menghasilkan PEPES IKAN ni. Nak tau macam mana, jom salin resepi ni:-

Bold
RAMUANNYA
1 ekor Ikan Tenggiri sederhana besar
5tangkai Cili kering (Kalau nak pedas tambah lg)
2 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
3 biji Buah Keras
Sebijik Telur
Garam Secukup Rasa
beberapa helai Daun selasih
Daun Pisang untuk membungkus

CARA MENYEDIAKANNYA
Asingkan isi ikan dengan tulangnya. Tumbuk bawang putih, bawang merah, Cili kering dan buah keras hingga hancur kemudian tumiskan hingga garing. Campurkan ramuan yang ditumis bersama isi ikan kemudian masukkan sebijik telur. Sesuaikan rasa masinnya. Potong daun pisang berbentuk empat segi dan bungkus adunan isi ikan tadi bersama dengan sehelai daun selasih. Ulangi proses ini sehingga selesai. Bakar di atas api yang kecil.Angkat dan hidangkan.

Amacam, senang tak?

Selamat mencuba.


Saturday, July 23, 2011

NASI KERABU & GULAI IKAN SARDIN


Salam Sayang Semua...

Setiap kali hujung minggu pasti semua orang sudah ada agenda masing-masing. Ada yang balik kampung ada yang bekerja dan ada jugak yang cuma duduk kat rumah bergelimpangan contohnya macam Cik Sakura. Tapi hujung minggu kali ini awal-awal lagi Cik Sakura dah ada planning nak buat NASI KERABU ("jgn marah org kelantan yek sbb mencedok resepi negeri Cik Siti Wan Kembang"). So, xderlah bosan sangat duk kat umah sbb ada aktiviti kan? Pencarian ramuan untuk menyiapkan nasi kerabu bermula jam 9.30pg. Walaupun agak lewat alhamdulilah semua ramuan dapat dibeli di kedai Zahri (Maimon mini market) kat Kampung Bendahara.Tepat jam 10.00pg Cik Sakura mula beraksi di dapur. Jom kita tengok macam mana Cik Sakura menyediakan NASI KERABU mengikut citarasa dia sendiri...



Ini adalah gambar bunga TELANG iaitu bunga yang dipertanggungjawabkan untuk mewarnakan NASI KERABU tanpa menggunakan sebarang pewarna tambahan yg sudah pasti mempunyai bahan-bahan yg mungkin membahayakan kesihatan kita. Penggunaan bunga ini adalah yang terbaik untuk mewarnakan nasi kerabu selain dari menggunakan kunyit. Cik Sakura memilih warna biru untuk NASI KERABU tengahari ini selain dapat membangkitkan selera untuk menikmati makan tengahari. Tekniknya mudah sahaja iaitu dengan merendamkan bunga ini di dalam air beberapi minit sebelum meramaskan bunga tersebut. Rona warna biru seperti nila akan kelihatan seperti gambar di bawah ini.




Gunakan air perahan bunga ini untuk memasak nasi


Mengikut kebiasaan orang-orang Pantai Timur, NASI KERABU biasanya dimakan bersama Solok Lada, Daging Bakar, Ayam Percik, Budu dan Telur Masin tetapi bagi Cik Sakura penduduk Selatan tanahair (Johor, jawa lagi) Cukuplah sekadar menikmati NASI KERABU dengan Gulai tak kiralah Gulai apapun. Untuk tengahari ni, Cik Skura memilih untuk menikmati NASI KERABU dengan Gulai Ikan Sardin, nampak agak pelik kan?... Kalau nak tahu sedap atau tak sedap Gulai Ikan Sardin ni, kenelah cuba, betul tak PN NAJWA BINTI HARUN?. Jomlah, kita terus dengan membuat GULAI IKAN SARDIN.....



Ini adalah diantara ramuan untuk meyediakan Gulai Ikan Sardin. Tumbuk kesemua bahan di atas selain daripada kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.



Kemudian, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama serai yang dititik sehingga naik bau dan kekuningan kemudian.........



Masukkan pes kari dan tumis hingga garing. Lepas tu masukkan santan masak dengan api sederhana kemudian masukkan ubi kentang dan masak sampai empuk. Apabila ubi kentang empuk barulah kita boleh masukkan ikan sardin dan masak dengan api sederhana kecil.




Sayur-sayur lain seperti terung dan bendi boleh jugak dicampurkan




Apabila sayuran sudah dimasukkan jangan masak terlalu lama nanti sayuran akan jadi lodoh iaitu dalam bahasa inggerisnya (over cook)



Inilah dia wajah Gulai Ikan Sardin Cik Sakura


Siap sudah Gulai Sadin mari kita menyediakan Sayur-sayuran dan serunding ikan untuk dijadikan kerabunya. Antara sayuran yang digunakan ialah Kacant Panjang, Taugeh, Daun Kesum, Kobis dan Bunga Kantan. Untuk ikan pula hari ini Cik Sakura gunakan anak Ikan Tongkol ( juga dikenali sebagai ikan aye bg org2 Pantai Timur). Bagi yang tidak gemarkan Ikan Tongkol boleh jugak gunakan ikan mengikut citarasa masing-masing. Jangan berlengah lagi mari kita tengok langkah seterusnya:-



Antara ramuan untuk menyediakan Serunding Ikan ialah isi ikan yang telah direbus terlebih dahulu, kelapa parut, serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan Cili api. kemudian, Sangan atau goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga warna kekuningngan dan pastikan tidak hangus. Gunakan api kecil sahaja




Tumbuk kesemua ramuan tadi hingga lumat (hancur)




Beginilah hasilnya...




Tengok tu, segar betul ulam-ulaman ini kan? Di antara aksesori NASI KERABU




Dari kiri Cik Timun, Cik Kesum, Cik Kobis, Cik Kantan, Cik Kacang dan Cik Taugeh
hendaklah dimayang halus....



kemudian gaulkan semua sekali hingga MESRA




inilah dia NASI KERABU SAKURA


Ermmmmm...bukan penat memasak tapi penat memblog sbb byk sgt gambo, dekat sejam gak baru siap. Oklah kengkawan sampai di sini dulu yek untuk entry kali ini. Cik Sakura nak tido jap petang karang macam nak pegi rumah PN SURYANY nak ziarah dia yang baru kematian ibunya. Semoga roh ibunya dicucuri Rahmat, al-fatihah...

babai semua.



Friday, July 22, 2011

MUSHROOM SOUP & BEEF SALAD

Salam sayang semuanya...

Agaknya Apakah menu makan malam petang ini? Cuba kengkawan teka?


Inilah dia Beef Salad ciptaan Cik Sakura. Nak buat Beef Salad ni paling senang dalam dunia. Gunakan daging burger semalam yang tak habis dimakan campurkan dengan hirisan daun salad di tambah dengan sos Thousand Island. Gunakan bahan-bahan yang ada jer dalam peti sejuk. Kalau nak diikutkan bole jgk ditambah dengan cherry tomato dan lada benggala tapi semua tu dah takder arr, stok dah habis so gunakan mana yang ada jer.



Haaaa...yang ini adalah makanan kegemaran Cik Sakura apa lg kalau bukan Mushroom Soup. Enak di makan begitu saje. Nak buat dia ni senang ajer. Kita perlukan sebijik bawang besar dicincang halus, 3bijik bawang putih jugak dicincang halus pastu ditumiskan hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan air dan daging ayam yang dipotong dadu kedalam tumisan tadi biarkan hingga mendidih.Masukkan kuib pati ayam dan hirisan mushroom. masak beberapa minit kemudian angkat dan masukkan ke dalam blender untuk dikisar hingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk dan didihkan seketika kemudian masukkan susu seger dan garam. Untuk memekatkannya bancuhkan 2sudu makan tepung gandum dan masukkan ke dalam kuah tadi kacau rata jangan biarkan bergentel. Hidangkan dan makan bersama beef salad tadi.

Selamat menjamu selera....

Thursday, July 21, 2011

HOW TO MAKE BURGER WITH YOUR OWN

Dah lama dah Cik Sakura teringin nak makan BURGER buatan sendiri. Saje jek nak tunjuk kemahiran membuat burger dengan aksesori yang lain seperti hash brown telur separuh masak dan daging burgernya. Manalah tau kita boleh share resepi kan orang kata "sharing is caring". Walaupun letih baru balik dari kerja Cik Sakura gagahkan diri jugak menyediakan menu makan malam ari ni. Berselera betul kitaorang malam tu makan. Ok, kita mulakan dengan Hash Brown..



HASH BROWN



2 bijik kentang dikupas kulitnya



Sagat kentang yg telah dikupas tadi bersama dengan sebijik bawang besar. Perah air kentang yang bergenang sehingga kering kemudian masukkan sedikit garam. Gaulkan adunan kentang sehingga mesra dengan campuran garam tadi. Bentukkan adunan kentang sehingga menjadi bulat dan leper supaya senang untuk digoreng nanti.




Beginilah bentuk adunan kentang yang diterap dan digoreng di dalam kuali leper dengan sedikit minyak masak. Goreng dengan api sederhana sehinga bewarna perang (brown).




Jangan lupa terbalikkan gorengan tadi supaya kentang masak dengan sekata.




Siap sudah Hash Brown





DAGING BURGER

Untuk membuat daging burger kita memerlukan 500g daging kisar dan serbuk roti. Alamak lupalah pulak Cik Sakura nak ukur sukatan serbuk roti ni tadi. Agak-agaklah yek kengkawan asalkan adunan boleh dibentukkan dah kira ok lah tu....



Campurkan kesemua bahan tadi bersama dengan sebijik telur sedikit garam 1 sudu makan serbuk lada hitam, 1 sudu makan serbuk kari dan sedikit minyak zaitun (kalau takde minyak zaitun minyak apa-apa pun boleh lah), Kepada sesiapa yang sukakan daun sadri boleh jugak dimasukkan tapi tadi daun sadri dah takder dalam peti sejuk Cik Sakura so, tak dapat nak masukkan sekali.



Kacau rata adunan daging tadi hingga sebati. Kemudian bentukkan bulat dan leper seperti bentuk Hash Brown kat atas tu. Untuk mendapatkan bentuk yang sekata, boleh tiru macam gaya Cik Sakura. Pegi kedai belilah terap telur dan gunakannya untuk membentukkan adunan daging tadi.



Ha.... goreng daging burger dengan minyak sedikit dan api sederhana. Tengok, sama kan bentuk daging dengan bentuk telur dan hash brown tu kan? sbb tu lah Cik Sakura suruh beli kat kedai, arganya takde lah mahal sekitar RM5 sahaja.




SET HIDANGAN LENGKAP

Inilah dia hasil resepi petang ni. Nampak menyelerakan? Masa entry ni di buat sebenonya suma paparan makanan ni dah ada dalam perut kita orang. Ini hanyalah gambar yang tinggal sebagai kenangan. Roti tu sedap sgt sbb disapu dengan garlic butter yg dibeli di kedai (bukan buat sendiri tau) tambah menyelerakan pulak daun salad adalah segar dari ladang. Pehhhhhh...pendek kata hidangan malam ni adalah yang TERBAEKKKKKK.

Kepada kengkawan semua, selamat mencuba. Kalau rasa nak belajo buat boleh datang ke rumah Cik Sakura. Tapi Cik Sakura confirm korang sume mmng boleh buat sebab ianya mudah dan taklah susah sangat. Cuma satu jer yang Cik Sakuran nak pesan, masak kena ikhlas barulah apa yang kita hasilkan menjadi. Selamat mencuba...


babaiiiii...tataaaa...titiiiiii...tutu....

Wednesday, July 20, 2011

Maggie Goreng



Salam Sayang semua

Petang-petang macam ni agak-agaknya masak apelah yang sedap? Pening jugak yek ari-ari nak mikirkan menu untuk santapan.Perut pulak tidak memberikan kerjasama asyik berkeroncong ajek dari tadi. Gi jengah kat dapur hanya ada beberapa bungkus meggie segera yang masih tersisa (maklumlah dah ujung bulan kan ni). Apa lagi mulalah dapat idea nak masak meggie goreng. Mesti korang akan cakap "elehhh Cik Sakura ni, meggie gorengpun nak expose kat dalam blog". huhuhuhuu


Nak ke resepinya, takyah kot...

Tuesday, July 19, 2011

TAUHU KICAP RESEPI AYAH

Salam sayang semua...

Lama betul Cik Sakura tak memask yek. Bukannya apa sejak dah stat diet ni malas betul nak ke dapur maklumlah, lau pegi dapur mesti nak makan. Untuk mengelakkan dari makan jawapannya takyah masak...Betul tak kengkawan? Tapi nanti lau tak makan mati lah pulak. Takpekan kengkawan lau kita makan selain dari nasik. Jadi Cik Sakura nak promote resepi ciptaan ayah Cik Sakura iaitu Tauhu Kicap. Korang semua tak pernah makan kan? Lau korang nak try mari kita layan...

Bahan-bahannye mudah aje

10 keping Tauhu digoreng
Segenggam Cili Api (lagi byk lg sedap)
5 bijik Bawang putih
kicap manis

Cara Menyediakannya:-

Tumbuk cili api dan bawang putih pastu tumis hingga garing. Pastu masukkan sedikit air dan kicp manis biarkan seketika sampai mendidih. Potong bentuk segitiga tauhu yg telah digoreng tadi dan masukkan kedalam kuah kicap. Masukkan sedikit garam dan gula kemudian masak sampai kuah menjadi pekat. Angkat dan hidangkan.



Boleh dimakan begitu sahaja



Selamat mencuba...