Pages

Sila Klick

Wednesday, November 30, 2011

SOP TULANG

Salam Sayang Semua...

Hari ini hari pertama Cik Sakura bekerja dalam minggu ni. Dah dua hari tak bekerja apa agaknya khabar kawan-kawan kat opis tu. Awal pagi dah bangun untuk menyiapkan diri ke tempat kerja. Kekadang dah seronok duk kat umah malas nak kerja tapi apa nak buat kelangsungan hidup hidup harus diteruskan.

Masa kat opis rasa macam tak sabo-sabo nak balik. Ntah napa ntah mood malas masih melanda. Tapi bila ada bersama dengan kengkawan rasa seronok lah pulak. Kawan-kawan opis ibarat macam saudara sendiri antara kami sangat rapat. Memangla kekadang gurauan kami terover sikit tapi kita semua dah memahami hati budi masing-masing.

Tepat pukul 4 jer Cik Sakura cau cincau terus balik rumah. Malas nak duduk lama-lama dalam opis, serabut. Kat dalam fikiran dah tebayang Sop Tulang yang ditapaukan Maslinda semalam. Sampai rumah jer terus ke dapur panaskan sup tulang dengan nasi. Jom makan kengkawan, lapo la...


BON APETIT

perghhhh,,terbaekkk

jom makan

babaiii


BAWANG BILIS GORENG KICAP

Salam sayang semua...

Semalam adalah hari bekerja tapi Cik Sakura ponteng kerja, hahahahha. Kalau nak diikutkan seawal jam 5.30pagi lagi Cik Sakura dah bangun (celik mata). Tapi entah macam mana angin malas melanda dan badan terasa malas hendak bangun apatah lagi untuk pergi kerja. Lantas, Cik Sakura mencapai handphone yang ada kat bawah bantal untuk menelepon sahabat Cik Sakura kalau-kalau dia bole coverkan hari ini. Alhamdulilah panggilanku terjawab. Setel satu problem.

Tanpa berlengah lagi Cik Sakura menyambung tidur yang telah terganggu tadi. Belumpun sempat terlena lama, telinga Cik Sakura dikejutkan dengan bunyi pagar di luar dibuka oleh seseorang.... (adakah aku bermimpi?) Selang beberapa minit kemudian, kelihatan cahaya lampu masuk menerjah kegelapan bilik Cik Sakura disusuli oleh bunyi kenderaan memenuhi ruang kesunyian hening pagi. Sekali lagi tidurku terganggu." ni confirm si Liza balik rumah."

Enak taknak kene bangun jugak sebab pintu rumah telah Cik Sakura Selak malam tadi. Eeeeee ingatkan taknak bangun rupanya kene bangun jugak. Cisssscake betul la...

Bila dah bangun confirm bola mata menjadi bulat. Apa lagi, dah tak bole tidur. Pastu si Liza pulak ajak berborak macam dah lama betul tak jumpa. Layan lah jugak tidak nanti sian dia cakap sowang-sowang. Bila dah duk berdua maka akan adalah menu sarapan pagi. Si liza tu bole tahan kuat makan walaupun dia kurus. Alangkah bestnya lau aku jadi macam dia, makan banyak pun takleh gumuk. Nak tahu menu apa untuk sarapan pagi semalam? Jom kita nengok


Lauk feveret aku dan Liza @ lauk terdesak bila dah lapo sangat

pagi-pagi dah makan nasik macam nak pegi nyawit jer

jom makan..

babaiiii

DAGING GORENG KUNYIT

Salam sayang semua...

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Disember. Kejap betul kan kengkawan, rasanya masih banyak agenda yang belum diselesaikan sedangkan masa begitu mencemburui kita dan tanpa kita sedari kita sedang menghampiri penghujung tahun 2011. Pun begitu kehidupan harus diteruskan. Melewati hari-hari terakhir tahun 2011 yang masih tersisa lebih kurang 30hari akan Cik Sakura isikan dengan moment-moment indah yang akan menjadi lembaran sejarah dalam kehidupan Cik Sakura.

Lewat petang, hembusan angin terasa hingga menusuk ke tulang som-som. Kedinginan membaluti tubuh sehingga terkadang tidak mampu untuk ditahan. Di luar sana hujan turun dengan lebatnya seakan tidak mahu untuk berhenti. Seperti tahun-tahun sebelumnya, musim tengkujuh mampir lagi menjelang akhir tahun.

Agaknya apa yang difikirkan ketika hari hujan? Semestinya perut terasa lapar, maklumlah bila tubuh kesejukkan automatik perut terasa mahu diisi. Resepi kali ini ialah Daging Goreng Kunyit yang pastinya mampu mengenyangkan bila dimakan dengan nasi putih panas-panas waktu hujan pulak tu. Jom, kita jenguk ke dapur sakura...




Ramuan untuk menyediakan Daging Goreng Kunyit
  • Daging potong nipis
  • Halia dimayang
  • Bawang Besar dimayang
  • Bawang Putih dimayang
  • Kunyit ditumbuk
  • Kacang Panjang
  • Bunga Kobis
  • Daun Limau Purut
  • Cili padi dan Cili Basah
  • Karrot


Cara Penyediaannya
  • Rabus daging hingga empuk bersama
  • Tumiskan bawang besar+bawang putih+hirisan halia+kunyit dan Cili padi yang ditubuk terlebih dahulu . Lagi pedas lagi sedap.
  • masukkan rebusan daging dan airnya sekali. Masak hingga sedikit kering
  • Masukkan sayuran seperti bunga kobis+kacang panjang+carrot+cili basah. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan daun limau purut. Kalau taknak pun takper
  • Angkat dan hidangkan macam gambar di bawah..


BON APETIT
Makan bersama nasi putih panas pun sedappp

Selamat mencuba babaiiii

Tuesday, November 29, 2011

NASI BIRYANI GAM Benteng, Batu Pahat Johor

Salam Sayang Semua...

Minggu lepas adalah minggu cuti bagi Cik Sakura. Lepas habis bekerja petang jumaat hari tu Cik Sakura bergegas pulang ke kampung halaman. Kebetulan kawan Cik Sakura nak tumpang sampai Bandar Yong Peng. Sekurang-kurangnya adalah jugak teman untuk Cik Sakura berbicara dalam kereta dan takdelah membisu ajerrr.

Kat bawah ni adalah moment-moment indah bersama Ayah Bonda masa Cik Sakura bercuti. Sempat jugak bawak kedua orang tua berjalan dan menikmati hidangan Nasi Biryani Gam kat Gerai di Benteng, Batu Pahat Johor. Nasi Biryani ni memanglah tak boleh nak lawan kehebatan Nasi Biryani Mat Shah tapi apa boleh buat dah takder rezeki petang tu sebab Nasi Biryani Mat Shah telah habis dijual. Kesian nengok reaksi Ayah bonda ketika diberitahu yang Nasi Biryani sudah habis... Terpaksa makan kat Gerai sebelah. Ok jer Nasi Biryani Gam diorang.


Comment Pengunjung: "Ermmmm...Rasa nasi ni ok jer tapi Nasi Biryani ni agak keras sedikit mungkin kurang air kottt. Lauknya pulak biasa-biasa ajer dan acar tidak disediakan sekali. Secara keseluruhannya boleh lah dapat markah 70 atau B."




BON APETIT
**Gambar-gambar Ayah Bonda yang sempat Cik Sakura abadikan ketika mereka menikmati hidangan Nasi Biryani Gam. Cik Sakura telan air liur jek petang itu sebab berpuasa. Tapi sempat jugak beli bungkus untuk berbuka puasa petang itu

AKSI PELANGGAN
Antara pelanggan yang datang

pelanggan yang tidak mengira usia

licin pinggan Ayah Cik Sakura ni. Sedap kottt

Jelas terpancar kekecewaan di raut wajah kedua Ayah Bonda Cik Sakura kerana tidak berkesempatan menikmati Nasi Biryani Mat Shah yang telah sekian lama diidam-idamkan.

Ermmmm...yang ni pelanggan tetap kot

Terfikir sejenak, kenapa kawasan ini agak kotor sedangkan makanan yang dijual boleh dikatakan enak dan mampu menggamit kehadiran pelanggan untuk menjamu selera saban hari.
Mari kita saksikan apakan fenomena ini adalah sikap segelintir masyarakat kita yang tidak mahu menjaga kebersihan dengan membuang makanan di lanatai atau sikap tukang punya kedai yang malas untuk membersihkan lantai selepas pengunjung siap menjamu selera? Sama-sama kita bermuhasabah diri dan semoga kita mendapat jawapannya...

**kepada pelangga yang dihargai, jagalah kebersihan ketika berada di tempat awam manakala kepada tuan punya kedai perihatinlah sedikit tentang kebersihan premis anda. Kerjasama dari kedua belah pihak amatlah dialu-alukan. Sama-samalah kita menjadi rakyat Malaysia yang bertanggung jawab serta mengamalkan kebersihan.

babaiiii

JLC kene Service

Salam Sayang Semua...

Hari Sabtu yang lepas 26hb November 2011 Cik Sakura berkesempatan membawa "buah hati" pulang ke Batu Pahat. Opsss... jangan salah sangka yek, buah hati yang dimaksudkan adalah kereta kesayangan Cik Sakura JLC 2459 untuk diservis. Disebabkan Cik Sakura tidak membuat apa-apa apoinment sebelum ini maka, terpaksa menunggu turn dan agaklah lama sedikit, alhamdulilah tepat jam 12.00 tengahari JLC selesai diservis. Senyum muka JLC tengahari tu bila kene servis, agaknya sengal-sengal kat badan dia dah hilang. Dialah buah hati pengarang jantung Cik Sakura. Banyak kenangan antara kami berdua. Walaupun JLC bukanlah kereta mewah tapi kehadirannya dalam hidup Cik Sakura sangatlah bermakna. Tak sanggup rasanya berpisah dengan dia. Tapi aritu sementara tunggu JLC siap diservis, ada jugak Cik Sakura mencuri-curi pandan Myvi Extereme. Wow.. cantiknya kereta buah tangan Perodua yang baru tu. Sempatlah jugak masuk dan duduk kat dalam dia. Sayang terlupa nak amik gambar bukannya aper takut JLC perasan nanti kecik ati dia...wakakakakaaa

ni masa tukar minyak hitam. Sian JLC kene duk kat atas. Jangan takut ea nak, mak tunggu kat bawah ni... Power window pun dah ok dah lepas servis aritu. Lepas ni sape2 duk kat sebelah bolelah bukak tingkap sendiri...

Tepat kul 12.00 tgh, JLC siap diservis, tp perut Cik Sakura dah mula berkeroncong kebetulan setiap hari sabtu adik Cik Sakura kerja halfday.Sempatla ajak dia makan kat Dominos Pizza Batu Pahat.

Cantik kedai Dominos Pizza yang baru jer di buka di Batu Pahat ni. Bersih dan kemas maklumlah baru beroperasi. Sebenonya ini adalah pengalaman kali pertama makan thru di kedai Dominos sebelum ni kalau nak makan Dominos oder jer melalui Phone Call. Tengaharitu kami oder Classicfied Chicken dengan Prawn Passion. Confirm Sedap.. Cik Sakura rekomen perisa yg ini. Lau tak caya try lah ea..

ni masa nunggu pizza sampai. Lebih kuang 15 minit jugak


Ni bukanla gambar pizza masa ari sabtu aritu. Oleh kerana Cik Sakura terlupa nak snap picture aritu, (sbb lapo sangat kot) maka Cik Sakura masukkanlah gambar sebelum ini. Walaubagaimanapun gambo pizza ni sama jer dengan apa yang Cik Sakura makan ari sabtu aritu. Gambo kaki kat bawah tu abaikan ajer lah ek...

Oklah, kengkawan sampai di sini dulu babaiiiii...

Monday, November 14, 2011

GORGEOUS CROCHET LACES

Salam Sayang Semua...

Hujung minggu yang lepas Cik Sakura mengambil kesempatan mengemas kamar beradu. Ini merupakan aktiviti rutin setiap kali hujung minggu selain dari hobi memasak. Dalam pada mengemas tu, Cik Sakura terpandang kepada satu bungkusan plastik yang tersorok di bawah meja. Plastik Biru yang akak berisi mencuri pandangan mata Cik Sakura pagi itu. Perlahan-lahan dengan tangan menjulur ke bawah Cik Sakura mencapai bungkusan plastik itu. Lantas, "MasyaAllah" jerit hati kecil Cik Sakura bungkusan yang berisi kelengkapan mengait itu sudah hampir 2 tahun tersorok di bawah meja. Baru Cik Sakura sedar bahawa sudah hampir dua tahun jugaklah Cik Sakura tidak lagi mengait. Semuanya berpunca dari "kegagalah perasaan" opppssss TAK BOLEH CITER kat sini. Nanti Ciko Azreen ketawakan wakakakakaka

Apabila teringatkan kisah lama, sesekali Cik Sakura tersenyum dan kekadang tu macam nak nangis pun ada. Takpelah, itu semua dah jadi sejarah. Dan kalau tak disebabkan kisah lama tu, takkan "Sakura berbunga lagi" lagipun "What ever past is past..." Sekarang ni Cik Sakura nak mulakan balik apa yang dah Cik Sakura tinggalkan dulu. Mana-mana projek mengait yang tergendala tu akan Cik Sakura siapkan, insyaAllah. Sayangkan, kebolehan ni adalah anugerah Allah kepada Cik Sakur yang tidak ternilai harganya.

Kat bawah ni adalah gambar-gambar projek mengait yang sempat Cik Sakura potretkan kelmarin. Dah naik coklat dah alas meja yang tak siap tu. Nanti nak kembur balik gambar-gambar projek mengait yang telah siap dahulu. Sekaang, mari kita tengok bingkisan ini:-

Alas Meja ni mempunyai 95 pusingan untuk disiapkan. sekarang ni pusingan baru sahaja melepasi paras 65 ada lebih kurang 30 pusingan lagi maka, untuk menyiapkan satu pusingan memakan masa hampir 3jam mengikut tahap kelajuan Cik Sakura mengait pulaktu pusingan dah semakin besar. Hayoooo boleh siap ker? InsyaAllah, perlaha-lahan kayuhhhhh


Dari sudut pandangan atas


Corak bawah yang masih belum habis, cooming soon

Doakan cik Sakura yek kengkawan agar dapat menghabiskan Projek ni. Lepas projek ni selesai nanti akan ada projek baru yang menyusul. Selain dari mengait Cik Sakura jugak minat menjahit. Jika ada kesempatan nanti Cik Sakura tidak keberatan untuk berkongsi dengan kengkawan semua tentang satu lagi hobi Cik Sakura. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari seni mengait ni boleh la hubungi Cik Sakura. Yuran tidak dikenakan.

Oklah kengkawan, sampai di sini dahulu entry kali ini. Jika ada kesempatan di lain masa pasti Cik Sakura akan kongsikan bersama dengan kengkawan semua segala kebolehan dan kepandaian yang ada agar dapat memberi manfaat kepada kita semua dan sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan adalah dari kelemahan diri Cik Sakura sendiri...

babai semua...

Sunday, November 13, 2011

BLACK PEPPER BEEF DENGAN CENDAWAN SHITAKE


Salam Sayang Semua...

Kejap betul masa berlalu, sedar tak sedar dah hujung tahun dah. Kita sedang menghampiri bulan Disember. Sekarang ni dah pertengahan bulan November, minggu ni minggu terakhir persekolahan minggu depan plak dah masuk cuti sekolah, bagi bebudak inilah masa yang dinanti-nantikan. Teringatlah pulak masa zaman Cik Sakura kecik-kecik dulu, kalau cuti sekolah jer buku pun cuti... yihaaaaaa kita enjoy.

Bulan November tahun ni dah mula masuk musim tengkujuh. Kat kawasan Cik Sakura duduk ni menerima hujanan yang sangat bayak menjelang petang hari. Pendek kata kalau ujung minggu jer tak bole nak bersosial sebab asyik ujan jer. Paling-paling pun duduk umah tido dan makan. Tapi takpe, hujan kan ertinya rezeki dari Allah swt.

Hari ini 13hb November 2011, pagi-pagi lagi aku sudah dikejutkan dengan ucapan Salam dari luar . Lewat luar jendela, aku perhatikan Najwa harun ke rumahku dengan membawa bungkusan di tangannya. Lalu, salam Najwa ku jawap pantas dengan cepat-cepat membuka pintu. "Aku nak balik kampung hari ni, nah amikla daging ni." Murah rejeki aku pagi ni kan? bangun tido jer dapat rejeki, bole la aku masak untuk santapan tengahari ni.Menu dah ada dalam kepala, tinggal pegi kedai jer, cari sedikit bahan yang kurang . Jom la, kita jengok Cik Sakura masak pe ari ni...


Inilah dia, Black Pepper Beef dengan Cendawan Shitake


Makan dengan nasik dan telur dadar
perghhhh terbaekkkk


Ramuannya:-
  • Daging
  • Air rebusan Daging
  • Black Pepper
  • Black Pepper Sos
  • Oyster Sos
  • Kicap Manis
  • Bawang besar
  • Cili Merah
  • Cili padi
  • Cendawan Shitake
  • Karrot
  • Bunga Kobis
  • Garam Secukup rasa


CARA MENYEDIAKANNYA

  • Rabus daging hingga empuk
  • Panaskan minyak
  • tumis bawang, cili dan lada hitam
  • masukkan air rebusan daging
  • masukkan sos tiram
  • masukkan sos lada hitam
  • masukkan kicap
  • masukkan daging
  • akhir sekali masukkan sayur-sayuran
  • garam jangan lupa tau



Untuk tips

bole juga ditambah dengan sayur-sayuran lain seperti kacang panjang, brokoli, baby corn, terung, kacang bende, lada benggala, baby tomato, asparagus dll.
Jangan masak sayuran lama-lama sangat nanti tak sedap. Biar sayuran sedikit rangup, baru sedap.
Lebih kuah lagi sedap. Yang Cik Sakura punyer ni terkering lah pulak.
dan, lagi pedas lagi sodappp


Tengahri ni Cik Sakura menikmati hidangan Black Pepper Beef with Cendawan Shitake dengan nasi dan telur dadar. Terbaekkk... ishhhh-ishhhh puji masakan sendiri lah pulak. Ermmmm tapi sapa lagi nak puji kan? Kalau tak percaya trylah kengkawan.

Sampai jumpa lagi

babai...

Friday, November 4, 2011

ASAM PEDAS IKAN BEBARU

Salam Sayang Semua...

Apa khabar kengkawan semua? dah dekat empat hari Cik Sakura tidak menitipkan entry untuk blog ini kan? Untuk tidak menghampakan, hari ini Cik Sakura bekesempatan memasak resepi Asam Pedas Ikan Bebaru. Walaupun "Asam Pedas" bukan resepi yang sukar untuk disajikan tetapi yang penting di sini adalah kegembiraan untuk dikogsi bersama dengan pembaca semua.

Lama sungguh tidak menikmati masakan Asam pedas air tangan sendiri. Kebetulan minggu lepas kawan Cik Sakura ada bawakkan Ikan Bebaru yang dijala sendiri oleh abang iparnya (abang Mat) kat laut Gelang Patah.

Rasa teruja itu telah berakhir petang tadi apabila Cik Sakura degan rela hatinya ke dapur untuk menyediakan menu Asam Pedas ni.

Memang Sedap Ikan Bebaru ni... Maklumlah ikan baru naik dari laut, pastu dimasak dengan penuh rasa kasih sayang. Wallllahhhh... memang sedap pun.

Ermmmm...bertambah-tambah, tetamu yang makan malam ni. Sedap gaknya.haaahahaaa




Ramuannya:-

  • Ikan Bebaru
  • Cili Kering
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Serai
  • Asam Jawa
  • Garam Secukupnya
  • Daun Kesum
**Kuantiti tidak dinyatakan kerana ramuan berbeza mengikut keperluan hidangan. Sayur-sayuran lain boleh juga di masukkan mengikut citarasa dan selera masing-masing seperti terung, bendi bunga kantan dan lain-lain lagi.



Cara Menyediakannya:-

Tumiskan bahan yang dikisar (Cili kering, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit) bersama serai yang diketuk hingga garing.
Masukkan ikan dan biarkan seketika dengan api sederha. Masukkan air kemudian biarkan medidih.

Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Jangan masak terlalu lama kerana isi ikan ini sangat lembut takut nanti jadi hancur.

Akhir sekali, masukkan Daun Kesum. Matikan api. Angakat dan hidangakan.






Inilah dia raut wajah IKAN BEBARU yang dikirim oleh Pak Anjang a.k.a Abang Mat dari Gelang Patah tu. Ikan ni ditangkap sendiri oleh beliau. Rasa ikan ni perghhhhh...memang sedap, maklumlah ikan baru. Rupa ikan ni lebih kurang rupa ikan cermin tapi ikan ni mempunyai sisik. Ini adalah pengalaman pertama Cik Sakura dengan ikan ini. Sebelum ini Cik Sakura tak kenalpun dengan ikan ni. Terima kasih ya Pak Anjang atas kiriman ini. Lain kali bole lah kenalkan dengan spesis laut yang lain ea..

Balik dari kerja tadi Cik Sakura terus ke kendai Ane (mamak) yang terletak tak berapa jauh dari rumah Cik Sakura. Mula-mula tu rasa nak makan sayur Bendi tapi bendi kat kedai ane tu dah tua sangat. Mula la terpinga-pinga mencari idea nak makan sayur ape petang ni.

Tetiba ternampak Cik Taugeh duduk dihujung meja. Sian pulak nengok muka sedey taugeh tu, maka dengan rela hati Cik Sakura pun belilah. Rasa macam tak berserilah pulak kalau masak taugeh sorang-sorang jer ape kata kite campur dengan sawi, ceriahlah sedikit.

Kat umah dah ada cendawan shitake dan cendawan Hitam...ermmm boleh lah buat sayur campur-campur petang ni. Jumlah perbelanjaan petang ini RM1.40. bole tahan murah jugak.


Ramuannya

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Ikan Bilis

  • Sawi
  • Taugeh
  • Cendawan Shitake
  • Cendawan Hitam
  • Garam Secukup rasa








Cara Menyediakannya


Tumis kesemua bahan tumbuk seperti (Bawang Merah, Bawang Putih,Ikan bilis, Cili padi) hingga garing.

Masukkan sedikit air dan biarkan seketika. Masukkan Cendawan Shitake, Cendawan Hitam dan Batang Sawi. Kacau sekejap.

Masukkan Daun Sawi dan Taugeh. Sesuaikan rasa masin. Jangan masak terlalu lama. Angkat dan hidangkan









Inilah hidangan makan malam kami Asam Pedas Ikan Bebaru dan Sayur Campur Sakura.
Alhamdulilah syukur, dengan rezeki Allah malam ini....