Pages

Sila Klick

Thursday, October 27, 2011

URAP (KERABU PUCUK UBI)




Salam Sayang Semua...

Hari ini Cik Sakura ingin berkongsi resepi sihat dengan kengkawan semua. Resepi kali ini sangat mudah untuk dihasilkan selain dari mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh dan katanya, jika diamalkan boleh jadi awet muda (ngeeee)....Urap atau juga dikenali dengan nama Kerabu Pucuk Ubi. Resepi ini sangat popular dikalangan masyarakat jawa khususnya di daerah Batu Pahat dan biasanya dihidangkan bersama nasi ambeng ketika majlis kenduri menyambut kelahiran bayi (kenduri brokohan). Cik Sakura berkesempatan memasak menu ini pada hari ahad lepas. Jomlah kita terus dengan resepinya:-

Ramuannya:-
Daun Pucuk Ubi (direbus)
Kacang Panjang (dimayang halus)
Taugeh (dibuang ekornya)
Sebiji kelapa parut

Bahan untuk ditumbuk:-
Sebiji Bawang merah (digoreng)
Segengam Cili Padi (digoreng) lagi banyak lagi sedap
3 biji Cekur (dikikis kulitnya)
Segengam Ikan bilis (dibasuh sahaja)
1" belacan (dibakar)
Garam secukupnya


TEKNIK MEREBUS PUCUK UBI


Dapatkan daun pucuk ubi yang betul-betul muda. Kalau dapat pilihlah daun pucuk ubi pulut kerana jenis daun ini lebih sedap dimakan. Daun pucuk ubi pulut biasanya lebih runcing dan kelihatan agak kurus berbanding dengan daun ubi yang biasa. Di bandar-bandar daun ini susah untuk didapati tetapi di kampung-kampung daun jenis ini sangat popular. Siang daun pucuk ubi kemudian basuh bersih daun tersebut sebelum merebusnya.


Untuk mendapatkan hasil yang cantik pada daun pucuk ubi ketika merebus daun tersebut adalah dengan memastikan air rebusan mendidih terlebih dahulu kemudian masukkan sedikit minyak masak (lebih kurang 2sudu makan, bergantung kepada banyakknya daun pucuk ubi tersebut). Garam juga perlu dimasukkan terlebih dahulu. Lihat seperti gambar disebelah...


Apabila air telah mendidih, masukkan daun pucuk ubi dan rebuslah daun pucuk ubi tadi hingga masak. Ingat, jangan rebus terlalu lama kerana dikhuatiri daun pucuk ubi akan kelihatan lebam dan terover cook lah pulak. Apabila daun pucuk ubi sudah masak buang air rebusan dan toskan hingga hingga kering. Kemudian gumpalkan daun pucuk ubi menjadi bentuk bulat sambil memerahkan baki air rebusan yang tertinggal hingga betul-betul kering. Proses ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada "angin" selepas makan.


Sayang seribu kali sayang ada beberpa keping gambar yang tidak sempat cik sakura snap kelmarin. Walaubagaimanapun, di sini Cik Sakura ada titipkan cara-cara penyediaannya dengan begitu terperinci supaya kengkawan semua dapat menghasilkan menu ini degan betul.

Cara Menyediakannya
Tumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat (hancur)
Kemudian gaulkan dengan kelapa parut
Gaulkan juga dengan sayur-sayuran lain
sesuaikan rasa masinnya
hidangkan.

(ngeeee... mudahnya)

Selamat mencuba, ingat!!! masak kene ikhlas
barulah hasinya menjadi

bababiiiii







2 comments:

  1. assalam sakura mekar,

    nice posting mengenai resepi urap (kerabu pucuk ubi). sy pula nak tumpang sharing mengenai rendang pucuk ubi yg amat popular dikalangan masyarakat negeri sembilan. mmg rasanya best giler. sedap tak terkata apatah lh bila dimakan b'sama nasi yg masih panas.

    utk keterangan lanjut sila kunjungi fanpage :-
    https://www.facebook.com/RendangPucukUbiBonda

    ReplyDelete
  2. wow..bestnya, nanti saya pun nk try resepi rendang pucuk ubi ni.

    ReplyDelete