Pages

Sila Klick

Tuesday, May 31, 2011

HIDANGAN PAGI RAYA

Assalamualaikum sume...

Hari ini Cik Sakura nak kongsi dengan kengkawan bebrapa koleksi resepi hasil dari air tangan Cik Sakura sendiri. Makanan ni semuanya di masak masa ari raya Aidiladha tahun lepas. Bila bukak balik album ternampak lah plak gambar-gambar masakan ni, tu yang baru nak upload. Tak kisah ler bila makanan ni dibuat, cuma Cik Sakura nak kongsi dengan kengkawan semua. Jom kite tengok, sape yang kene.....



Nasi Empat ni dibuat khas oleh mak cik Sakura yang tersayang. Ermmmm....resepi nya tak yah lah tanya ek sbb Cik Sakura sendiri memang tak berapa pandai dalam pembuatannya. Entahler belum pulak ada rasa nak belaja macam mana cara nasi empet ni dibuat. Biasanya kalau Cik Sakura nak makan nasi empet ni Cik Sakura request jer ngan mak, nanti dia pasti buatkan. Thanks mom.. Yang ni pun cik Sakura amik dari rumah mak kat kampung. Apa yang Cik Sakura tau nasi empet ni dibuat dalam plastik. Untuk zaman sekarang ni plastik dah tak sesuai dalam penyediaan makanan dan dikatakan tidak selamat untuk di makan.




Yang ini namanya kuah kacang atau biasa jugak dipanggil sambal kacang. Untuk membuat sambal kacang ni Cik Sakura sangatlah terror. Siapa yang makan sambal kacang Cik Sakura ni confirm mesti nak lagi. Bukanlah nak puji diri sendiri tapi memang kenyataan pun. Rumitlah jugak pembuatan sambal kacang ni. Mana taknya kacang kene goreng dulu pastu kene blend lah pulak. Lada kering pulak kene asingkan bijiknya pastu kene rebus dulu sebelum dikisar bersama dengan bawang dan ramuan lain. Untuk mendapatkan santan yang pekat pulak, kelapa harus di blend dulu pastu baru boleh perah santannya. Bila semua bahan telah dimasukkan kenelah pulak masak sampai dia naik minyak, ha...barulah kuah kacang tu nampak cantik dan sedap. Ishhh...kan ker leceh tu. Nak ker resepinya? Bawang Merah, bawang putih, lada kering, ketumbar dan jintalan hendaklah di kisar halus. Panaskan minyak, ketuk serai sebatang tumis bersama dengan bahan yang dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan santan dan kacang tanah. Masak sampai naik minyak. Gula, garam dan asam jawa kene seimbang tau. Menu ni makan dengan satey pun sedap...terangkatt



Kalau nasi empet dah ada, kuah kacang pun dah ada janganlah dilupakan pulak Sambal Gorengnya. Hidangan ini biasanya adalah pakej lengkap untuk hari raya. Kalau takde macam tak lengkaplah raya taun tu. Sambal Goreng adalah masakan wajib orang jawa yang biasa dihidangkan di pagi raya dan di makan bersama nasi empet dan kuah kacang. Resepi takyah share kot...sebab rata-rata orang johor tahu macam mana nak buat sambal goreng ni. Walaubagaimanapun, Cik Sakura tidak keberatan untuk berkogsi resepi dengan kengkawan semua. Bawang merah bawang putih lada besar dimayang halus. Ikan bilis ditumbuk bersama dengan sedikit cili api untuk mendapatkan rasa lemak dan pedas. Kemudian tumis ramuan tersebut sehingga garing bersama dengan beberapa ekor udang basah. Tauhu dan tempe serta kentang digoreng terlebih dahulu. Sayur-sayuran seperti kacang panjang kobis dan lobak merah dipotong macam dalam gambar di sebelah. Sambal goreng Cik sakura ni ada ditambah dengan sedikit santan pekat, barulah kick. Soohun dan tauhu kering jangan lupa ek... toksah bubuh gula tapi garam mesti bubuh.



Resepi rendang daging ni diperoleh dari mak sedara Cik Sakura yang berketurunan minang. Rendang Daging yang ni paling senang. Masukkan semua ramuan pastu dimasak sehingga daging empuk dan kuahya menjadi kering sedikit. Pastu boleh terus makan. Sedap betul air tangan mak sedara Cik Sakuara. Tapi bila Cik Sakura buat sendiri pun bole taha sedap jugak. Untuk membuat rendang kita perlukan daging, cili kering, cili api, lengkuas, serai bawang putih, bawang merah ketumbar, jintan dan halia. Kisar kesemua ramuan di atas melainkan daging. Perah kelapa untuk mendapatkan santan. Masukkan bahan kisar, daging dan santan ke dalam periuk kemudian masak sehingga daging empuk. Bagi sesiapa yang biasanya menumis rempah boleh juga ditumis terlebih dahulu. Ababila hampir kering masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. Masak lagi sehingga kering mengikut citarasa masing-masing samaada hendak kering atau basah. Garam dan asam jawa jangan lupa. Gula bagi yag suka bolehlah bubuh.



Satu lagi hidangan wajib orang-orang jawa ialah AYAM MASAK KICAP. Ayam mesti kene goreng dulu. Bahan untuk menumis adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia cili api untuk pedas, dan sedikit lada itam hendaklah ditumbuk ya bukan diblend. Mayang bawang besar dan panaskan minyak kemudian tumis bahan tadi bersama dengan kayu manis, bunga lawang, cengkin dan buah pelaga. Apabila garing masukkan kicap biarkan mendidih sekejap pastu masukkan santan asam jawa dan garam. Sapa yang suka manis masukkan gula. Masak hingga kuah menjadi pekat dan naik minyak. Agak-agak sama tak resepi Cik sakura dengan resepi kengkawan semua? Tak kisahlah, walau berbeza sekalipun asalkan masak kena ikhlas barulah hasilnya sedap..




Lengkaplah sudah hidangan hari raya




Monday, May 30, 2011

YOGYAKARTA DAN KEINDAHANNYA

Jo
Salam kepada semua...

Untuk catatan Perjalanan kali ini Cik Sakura ingin membawa anda semua menjelajahi keindahan dan keunikan Kota Yagyakarta, Indonesia. Perjalanan yang memakan masa hampir 21/2 jam dengan menaiki flight dari LCCT kuala Lumpur ke Yoyakarta adalah sangat membosankan. Walaubagaimanapun impian untuk menaiki flight telahpun terlaksana. So, lepas ni kalau ada org tanya "Awak pernah naik Flight" Cik Sakura akan jawab "Sudah" kan gitu....sedap sikit bunyinya.



Lihat saja aksi mak Cik Sakura ni kesejukan dalam flight...walaupun tidak berapa selesa tapi boleh jugak tidur degan lena sampai terlentok-lentok dibuatnya. Gembira rasa di hati apabila boleh bawak kedua orang tuan berjalan-jalan. Terpancar kegembiraan di wajah kedua ibu bapa Cik Sakura. Alhamdulilah, sekali lagi impian Cik Sakura terlaksana. Mudah-mudahan tahun depan dapatlah kita sekali lagi bercuti bersama-sama.



Ha...yang ni pulak aksi ayah Cik Sakura kat dalam flight. Dia pun bole tidur dengan lena sekali. Jeles jugak Cik Sakura tengok diaorang bole tidur. Puas cik Sakura pejamkan mata tapi masih tak boleh lena. Ayahpun nampak suka sangat masa aritu. Dia siap cakap "apa kata kalau kita pegi sekali lagi ujung tahun ni" ermmmm.... seronok lah tu. InsyaAllah yah, kalau ada rezeki apa salahnya, betul tak?





Yang ni plak aksi Maslinda laki bini. Nampak suka sangat eek. Mana tidaknya, plan yang diancang dari tahun lepas telah terlaksana. Lagipun dialah yang merancangkan percutian kami ke kota Yogyakarta.Tanpa dia pasti percutian ni tidak menjadi nyata. Time kasih ek Cik Maslinda kerana telah bersusah payah menjadi tulang belakang pada kitaorang semua dari A sampai Z. Harap-harap plan ke kota Solo tahun depan menjadi lah ek.. dah tak sabar dah ni rasanya. Harap-harap Kota Solo menjanjikan sesuatu yang lebih indah berbanding YOKYAKARTA. Sama-sama kita saksikan nanti.





KENANGAN INDAH DI YOGYAKARTA




Antara Candi yang masih kekal di Yogyakarta




Cik Sakura dengan Bonda dan Ayahda tercinta



Pasangan Merpati dua Sejoli



Kunjungan ke Istana Mangkubono



Hensem jugak Ayahnda ku



Duduk sebentar setelah kepenatan berjalan



Candi Borobudur



Pertunjukan Teater Ramayana













Sunday, May 29, 2011

Botok-Botok Ikan

Pagi ni Cik Sakura terasa nak berjogging. Maklumlah setelah berat badan semakin meningkat naik ni, jaranglah hendak bersenam. Mana tidaknya kalau dah masak kenelah makan, kalau tidak siapa yang nak makan, lagipun kalau tak dimakan kan ke membazir namanya. Kalau dah membazir tak ke kawan syaitan tu namanya. Dalam pada berjoging tu, Cik Sakura ternampak ada bayak betul pokok-pokok ulam yang tumbuh melata di kawasan perumahan tempat Cik Sakura duduk. Ada juga sesetengah pokok ulam kat sini ditanam oleh penduduk tetap Taman Sri Amar, Maka terdetiklah di dalam hati untuk memetiknya dan dijadikan hidangan makan tengahari. Untuk memetiknya haruslah minta izin dulu. Alhamdulilah dapat jugak mintak dengan tuan punya pokok ulam ni. Ermmmmm....ada satu pokok ulam tu Cik Sakura tak mintak izin dengan tuannya sebab rumahnya nampak macam takde orang.Inilah di antara pokok-pokok ulam yang Cik Sakura Cakap kan tu...



Pucuk Berbus





Pucuk Kaduk





Pucuk Ubi





Pucuk Semangkuk





Pucuk Mengkudu




Ramuan untuk Rempah

2 Paket Serbuk Kari Babas
7biji Bawang Merah (Kecil)
3biji Bawang Putih
2batang Serai
10biji Cili Api (Kalau tak nak pedas kurangkan sedikit)
1"Halia
1/2" Lengkuas

***Kisar bahan di atas hingga Halus kemudian tumis hingga garing, kemudian masukkan bahan-bahan dibawah dan masak hingga menjadi pekat dan kering***


1biji Kelapa (jadikan 2cawan santan)
1biji Kelapa (jadikan kerisik)
3helai Daun Kunyit (Dimayang halus)

BERIKUT ADALAH CARA-CARA MEMBUNGKUS BOTOK-BOTOK







Selamat Mencuba

Monday, May 23, 2011

Mee Bandung Batu Pahat

Ini satu lagi koleksi resepi masakan hasil ciptaan Cik Sakura, MEE BANDUNG BATU PAHAT. Biasanya Mee Bandung terkenal dengan daerah Muar tapi yang ini edisi Batu Pahat sebab pembuatnya berasal dari Batu Pahat, sapa lagi kalau bukan CIK SAKURA....

Resepi Mee Bandung ni tak lah susah mana, cuma kita perlu seimbangkan rasa masam manis masin dan pedasnya. Kekuatan rasa Mee Bandung terletak pada kuahnya. Jagan terlalu pekat nanti muak bila dimakan. Berikut adalah resepi Mee Bandung Cik Sakura, selamat mencuba...

Ramuannya
1 bungkus Mee Kuning
10 ekor udang sederhana besar
3 ekor sotong sederhana besar
500g tulang lembu direbus dijadikan stok
2 keping tahu digoreng dan dipotong
4 biji telur
5 batang sawi hijau
1/4 labu kobis
1 batang carrot

Bahan-bahan untuk Kuah
500g kacang tanah digoreng dan dikisar halus
2 hingga 3 sudu tepung jagung
10 tangkai cili kering
7 biji cili kampung
5 ekor udang Basah
200g udang geragau
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
Sedikit sos cili dan tomato
garam dan gula secukunya

CARA MEMBUATNYA
Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis hingga garing. Masukkan air rebusan tulang masak hingga mendidih kemudian masukkan Udang, sotong, kacang tanah dan bancuhan tepung jagung untuk memkatkan kuah. Seimbangkan rasa masam masin manis. Kecilkan api dan pecahkan telur ke dalam kuah tunggu sehingga telur masak. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran. Angakat dan hidangkan bersama tauhu yang telah dipotong dan taburan bawang goreng.



Mee Hoon Soto Istimewa


Ini adalah diantara menu kegemaran Cik Sakura. Biasanya orang buat Mee Hoon Soto ngan daging ayam tapi Cik Sakura nya version dengan Tulang Lembu, Perhhhh...rasanya memang cukup terangkat.Untuk rempah biasanya Cik Sakura guna rempah soto idrus. Rempah ni susah sikit nak dapat dan cuma ada di jual di Pasar Kampung Melayu Majidee. Pernah jugak Cik Sakura buat dengan rempah Sharifah tapi tak berapa sedap la...Kalau tak percaya cuba lah tukar keada rempah soto idruss..

Tapi ingat ya kengkawan masak mesti dengan perasaan ikhlas dan penuh dengan kasih sayang, barulah masakan yang dimasak enak dan menyelerakan. Ingat....tu pesan Cik Sakura

Sunday, May 22, 2011

KARIPAP PUSING


Menu minum petang ari ni ialah KARIPAP PUSING. Walaupun karipap ni taklah berapa nak pusing tapi rasanya sedap. Kalau tak percaya tanyalah ngan kengkawan Cik Sakura yang pernah menikmati karipap ni. Sayang sekali lupa lah pulak nak amik gambar masa diaorang menikmati karipap ni...

Karipap ni berbeza sedikit dari karipap yang biasa Cik Sakura buat sebelum ni. Saiznya kecil sedikit berbanding dengan karipap RM1.20 tu. Intinya lebih enak ditambah degan telur puyuh di dalamnya. Kengkawan Cik Sakura boleh makan sampai enam bijik sorang. Untuk menghasilkan karipap yang sedap bukannya susah. Kalau nak tahu karipap ni dibuat dengan penuh rasa kasih sayang dan keikhlasan, sebabtu lah rasanya sedap. Ini petua yang harus kita praktikkan dalam menyediakan apa-apa jenis makanan sekalipun. Kalau tak caya, cubalah....


CARA-CARA MENYEDIAKAN KARIPAP PUSING






























Saya kini kembali...




Assalamualaikum semua...
Ermmmmm...lama betul saya tidak berkecimpung dalam arena bloger ni. Rasanya dah setahun dah berehat. Entah kenapa malam ini tiba-tiba rasa teringin sekali nak turun padang. Entry kali ini cik sakura nak mulakan dengan resepi-resepi enak yang dimasak sendiri oleh cik sakura. Kalau ada sesiapa nak kongsi atau minta resepi bolelah hubungi cik sakura. Untuk pengetahuan semua cik sakura memang suka MEMASAK so, apa kata kita enjoy.